23 Disember 2010

~yang di tunggu-tunggu~



psst:mesti korang semua tak sabar nk tunggu BONUS dan DIVIDEN ASB korang kan.saya pun tak sabar jugak sebenarnya.nk harapkan bonus setiap thn kt tmpat kerja memang tak dak la....kihkihkihkihkih.apa korang nk buat ye dgn bonus yg korang dpt tuh?hope dlm bersuka-suka tuh jgn la smpai membazir ye.saya ada la plan nk beli itu nk beli ini.hehehe.saya br 3thn buat loan ASB nie melalui potongan gaji setiap bulan.

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT
21 Disember 2010

KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30sen/seunit)

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2010. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2001 sehingga 2010.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2011.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara telah ditangguhkan bermula pada 20 Disember, 2010 sehingga 2 Januari 2011 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

13 ulasan:

  1. dulu ada...selalu tertunggu2 nak dpt bonus..skrg dg tutup akaun laa...sayang pulakk..

    mesti byk kan Ifa dpt...

    BalasPadam
  2. fieza79--->kak fieza ifa xde la dpt 3k 4k mcm org lain tuh kak.ifa wat potongan gaji pun sket aja.sebulan rm135.bonus boleh la utk beli apa atau meronda.heehe.x sabar nk pi update nk tgk dpt berapa pulak thn nie.hehehe

    BalasPadam
  3. sedih skit la..sbb baru wat kuar skit duit ari tu..sure dpt tak byk cam tahun2 lepas tahun ni..wuwuwuwuwuwuuu

    BalasPadam
  4. Khjr pn sama la dgn Fieza tu, xde akaun ASB, rugi2..huhu

    BalasPadam
  5. rezeki kite laa nampaknye ujung2 tahun ni kan...alhamdulillah...berkat menyimpan....

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, this year meningkat dividen.duit dividen tu nk buat kitchen kabinet lor

    BalasPadam
  7. rose@iburafiq---->ala jgn sedih2 ye.saya pun kdg tuh wat kuar gak duit tuh.utk menampung apa2 keperluan.hehhe.xpe la janji dpt jugak kan.syukur

    kak hajar--->k.hajar buka la lain account asb.elok la dh awal thn ok la kalu nk buka pun.

    lieya--->ye la kan rezeki kita yg menyimpan nie la....syukur ada jugak

    nieda--->wow nk buat kitchen kabinet ye.sure akak dpt byk kan dividen tuh.bestbest!

    BalasPadam
  8. huhu acc ku ciput... slepas bgolok gadai kerana cutecastle... huhuhuu

    BalasPadam
  9. erinsz--->hehehe ciput pun xpe.asal ada jugak simpan.lama2 byk la tuh

    BalasPadam
  10. memang sedang tunggu2 pun.. tp x delah banyak!

    BalasPadam
  11. chugie--->sama2 kita tungguuu.hehehe.saya pun x byk mana gak

    BalasPadam
  12. Alhamdullillah naik sikit dividen dari tahun lepas kan.. :)

    BalasPadam
  13. nae mmg guna duit dividen yg tersimpan terkumpul 3 thn utk reno rumah...alhamdulillah ada gak sumber...kalau nk harap simpan sendiri hmmm...lebur la jawabnya

    BalasPadam